Pushing The Limit of Speech

On this Tuesday's class, guest speaker Tan Zi Hao has come to our class to give a lecture about pushing the limit of speech. In his hour long lecture, he had shown us many of his artwork. Many of them are... interesting, to say the least.
Picture credit: tanzihao.net
However, there is one phenomenon he brought up that instantly get my attention, which is the relationship between language used to write for political discourse and the amount of attention the government pay to it. It is said that when a political discourse which is deemed unfavourable to the government is conducted in English, there will be less repercussion as compared to when the Malay language is used.

The rationale behind this logic is that the government expected the English language speaking minority (where the opposition get most of their votes) to be urban, less conformist and more outspoken. But when similar discourse is done in Malay, the language rural folks (where the ruling party get most of their votes) can understand, this seemingly harmless discourse suddenly runs the risk of turning these loyal supporters against the ruling party. So, Malay language political discourse is more heavily regulated as a result.

In recognition of this phenomenon, artikel ini akan disambung dalam Bahasa Melayu. Balik ke tajuk kita hari ini, mencabari batasan kebebasan bersuara. Kita harus ingat bahawa mencabari batasan kebebasan bersuara bukanlah bermakna kita boleh menghasut perasaan orang ramai. Sebaliknya, ia adalah satu usaha untuk menangani pelbagai masalah yang menjangkiti masyarakat kita.

Langkah pertama dalam mengatasi satu masalah, mana-mana masalah, ialah kita harus dahulu mengakui kewujudan masalah tersebut. Dalam masyarakat kita, terdapat banyak jenis masalah yang bersifat sensitif dan mudah menyinggung perasaan orang ramai. Masalah sebegini sering diketepikan kerana ia susah ditangani. Tetapi, masalah ini tidak akan hilang begitu sahaja hanya kerana kita ketepikannya. Sebaliknya, ia akan membesar secara diam-diam seperti sel kanser dalam badan manusia. Apabila masalah ini "meletup" nanti, akibatnya akan menjadi berkali ganda lebih teruk.

Mencabari batasan kebebasan bersuara membolehkan kita menghadapi masalah-masalah sebegini dengan berterus-terang. Ia memberi peluang kepada kita untuk tanya soalan yang susah dijawab. Saya percaya ini adalah satu-satu caranya masyarakat kita dapat memajukan diri bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi dari segi rohaniah.

Berkhidmatlah kepada Tanah Air
Namun, kita juga harus ingat, besar tanggungjawabnya sesiapa yang ingin mencabar batasan ini.
Sesungguhnya, garisan diantara kebebasan bersuara dan ucapan kebencian adalah amat halus sekali, kita harus sentiasa memastikan ucapan kita bersifat munasabah dan sopan untuk menjaga perasaan khalayak ramai.  

58 tahun lalu, wakilan pemimpin negara kita mencabar kedaulatan empayar British dan berjaya menuntut kemerdekaan dengan hanya menggunakan rundingan. Siapa kata kita tidak boleh mencabar dengan sopan santun?

Comments

  1. I like the way u wrote ur blog! hahaha! betul sekali! kita perlu blog dengan BAHASA.

    ReplyDelete
  2. Wa chio lo lu punya blog! Dah lama tak baca artikel bahasa Malaysia liao lo! Give you five likes (y) (y) (y) (y) (y)

    ReplyDelete
  3. SYABAS!!! Tulisan BM kamu memang bertahap tinggi sekali. Sudah betapa lama saya tidak menulis dalam bahasa kebangsaan kita, sampai sekarang ni saya sedang menghadapi kesukaran hendak menulis dengan cepat dan lancar :(

    Ternyata, menulis dalam bahasa Malaysia bukannya senang untuk kami yang sudah biasa berkomunikasi dalam bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Inggeris, untuk saya.

    Blog post kamu ini bukan sekadar ditulis dalam BM tapi ia juga merangkumi isu-isu yang penting yang harus kami hayati dan menganalisa secara dalam. Saya gembira kamu merasa selesa untuk meluahkan perasaan kamu dalam BM :)

    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL, thank you. Actually I write until head almost explode. Hahaha

      Delete
    2. HAHAHHAHAHHA!! Could never have known that! LOL!!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Revisiting The Last of Us: The Story (Part 1)

Do You Identify as a Malaysian? Why? Does It Matter?